Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar الله أكبر الله أكبر الله أكبرla ilaha illa Allah لا إله إلا اللهAllahu akbar, Allahu akbar الله أكبر الله أكبرwa li-illahi al-hamd ولله الحمد

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana sekali lagi kita telah diberikan Allah peluang untuk menyambut Hari Raya Adilfitri bersama ahli keluarga, sahabat dan orang yang tersayang setelah berjaya mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia.

Sungguhpun hari raya adalah hari kemenangan dan kegembiraan bagi ummat Islam yang telah mengerjakan ibadah puasa, namun agama kita menganjurkan supaya kita tidak lupa kepada latihan berdisiplin yang telah kita lalui pada bulan Ramadhan seperti menahan diri dari makan, minum, dan syahwat yang berlebihan. Setelah berakhirnya bulan Ramadhan kita juga harus sentiasa bertanya kepada diri kita sama ada kita masih mengerjakan solat secara rutin, bederma penuh keikhlasan dan berbuat baik kepada sanak saudara dan kenalan. Ini adalah antara ukuran yang digunakan untuk menentukan sama ada amalan dan ibadah puasa yang kita telah lalui telah memberi kesan ke atas kita.

Dalam masa kita sedang berseronok menyambut hari raya bersama ahli keluarga dan orang yang tersayang kita tidak patut lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik, fakir miskin, anak2 yatim dan umat islam yang sedang menderita kerana peperangan di Afghanistan, Chechnya, Asia Tengah, Iraq dan Negara Palestin.

Bagi pihak ahli-ahli HIKMAH WP saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga HIKMAH di Sarawak dan Semenanjung Malaysia dan di mana sahaja mereka berada.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbarwa li-illahi al-hamd
Sekian wabillahi taufik wal hidayah wasalaamualaikum wr.wb.

Dr Awang Hasmadi Awang Mois,
Pengerusi HIKMAH WP
(21 September 2009 dari BSB)