Saturday, August 28, 2010

SMS harian dan panduan dari Ustaz dan guru saya di Katapang, Kalimantan Barat Indonesia:

Tafakur Dhuha. ALlah SWT berfirman, " Hai insan! Kekayaan-KU tidak akan pernah habis selamanya. Kian banyak kau berinfak, sebanyak itu pula AKU memberi rezekimu. Seberapa pula tingkat kikirmu sekadar itu pula AKU menahan rezekimu" (Hadis Qudsi)

Sumbangan Dr. A.H. Awang Mois

Ucapan Pengerusi Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum Semua Ahli Hikmah WP,

Sempena bulan ramadhan al-mubarak saya ingin mengucapkan kepada semua ahli HIKMAH WP dan Cawangan2 lain di negeri Sarawak selamat mengerjakan ibadah puasa pada bulan ramadhan tahun Hijriah 1431. Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayahnya kepada kita semua.

Pada Bulan Ramadhan Yang Mulia dan Penuh Berakah ini saya juga mohon beribu Maaf dan Ampun kepada semua ahli HIKMAH WP khasnya dan HIKMAH SARAWAK amnya andaikata telah tersalah kata dan tersalah bahasa dalam komunikasi dan diskusi kita.

Sama-samalah kita Mengerjakan Ibadah Yang telah Diperintah ALlah SWT untuk Meraih Pahala dan Barakah

Wassalam,

Pengerusi Hikmah WP
Dr Awang Hasmadi Awang Mois
28 Ogos 2010 bersamaan 18hb Ramadhan 1431 Hijriah