Sebelum HIKMAH SARAWAK ingin bercakap besar untuk berdakwah dan terus menyebarkan syiar Islam di kalangan penduduk bukan Islam di negeri Sarawak pada Perhimpunan Agung HIKMAH 2012 yang menjelang datang, memang ada baiknya seluruh HIKMAH SARAWAK melakukan introspeksi (muhasabah) dengan hati dan mata yang terbuka untuk melihat semula di mana sebenarnya kekuatan dan lebih-lebih lagi kelemahan pertubuhan kita supaya pertubuhan yang dulunya terkenal dengan namanya BINA, tidak tinggal sekarang hanya gah pada nama HARAKAH ISLAMIAH atau HIKMAH dan kosong pada perjuangan Islamnya yang sebenar.
Kempen dakwah yang utama ini harus bermula dari peringkat yang tertinggi sebelum usaha kita dibawa ke bawah ke peringkat grassroot sesuai dengan hukum alam bahawa air sungai tidak mengalir dari lembah naik ke kemuncak gunung, sebaliknya air dari gununglah yang turun ke lembah dan mengalir terus ke hilir dan ke laut.
HIKMAH SARAWAK harus bermula dengan satu kempen Mendakwah Semula Semua Pemimpin Yang Tertinggi, Yang Sederhana Tinggi, Pengurus, Pendokong dan Pendakwah HIKMAH SARAWAK menjelang Perhimpunan Agung Hikmah 2012. Semua ahli HIKMAH SARAWAK harus disadarkan semula kepada cogan kata dan sumpah atau Piagam HIKMAH SARAWAK:

"(Kul) Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaati lillaahi Robbil'aalamiin" ~ yang bermaksud Katakanlah (Muhammad) Sesungguhnya shalatku ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk ALlah, Tuhan Semesta Alam ...." (Al-An'am: 162)
No comments:
Post a Comment