Showing posts with label Sarawak; Hikmah; BINA; BINA-HIKMAH; Sambutan Ulang Tahun ke 40. Show all posts
Showing posts with label Sarawak; Hikmah; BINA; BINA-HIKMAH; Sambutan Ulang Tahun ke 40. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

Sejarah Awal BINA-HIKMAH dan Cawangan2nya

Bagi mereka yang belum tahu atau sudah lupa sejarah pertubuhan yang bernama HIKMAH ada baiknya kita mengingat kembali beberapa perkara pokok tentang pertubuhan kita.
Nama asal pertubuhan ini adalah Angkatan Nahdatul Islam Bersatu. Di kalangan penduduk Islam negeri Sarawak ia lebih terkenal dengan akronym atau nama ringkasnya BINA. Ditubuhkan pada 3hb Mei 1968 pertubuhan ini telah didaftarkan secara rasminya pada tanggal 3 April 1969.
Pada peringkat awal sejarahnya BINA mula aktif di Kuching melalui BINA Cawangan Kuching. Seterunya BINA telah berkembang sehingga memiliki 30 Cawangan di seluruh negeri Sarawak dan Semenanjung termasuk: (i) Cawangan Kuching;(ii) Cawangan Simanggang (Sri Aman); (iii) Cawangan Kelaka; (iv) Cawangan Sibu; (v) Cawangan Miri; (vi) Cawangan Simunjan; (vii) Cawangan Sarikei; (viii) Cawangan Lawas; (ix) Cawangan Limbang; (x) Cawangan Bintangor; (xi) Cawangan Bintulu; (xii) Cawangan Lundu; (xiii) Mukah; (xiv) Maktab Perguruan Rejang dan BINA Cawangan Universiti Malaya.
Antara pencapaian utama BINA pada peringkat awal sejarahnya ialah pengislaman Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak , Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohd Salahuddin dan keluarganya. Daripada 30 cawangan yang telah ditubuhkan ada beberapa buah Cawangan atau bahagian yang masih aktif atau separa-aktif. Kita harap menjelang Ulang Tahun 40 BINA-HIKMAH yang akan datang ada kesedaran baru di kalangan anak2 Islam Sarawak untuk menyertai semula pertubuhan Islam negeri yang telah banyak berjasa kepada anggota masyarakat Islam di negeri kita dengan cara mendaftar dan turut serta dalam kegiatan2 yang akan diadakan oleh HIKMAH PUSAT maupun Bahagian dan Cawangannya.
Oleh
Dr A. H. Awang Mois
Miri, Sarawak 9 Mei 2009

Monday, April 27, 2009

Menjelang Sambutan 40 Tahun BINA-HIKMAH oleh YAB KM

Antara tanggal 27 April 2009 dan 26 Mei 2009 ahli-ahli kommuniti HIKMAH SARAWAK di seluruh Malaysia mempunyai kira-kira empat minggu lagi untuk turut serta dalam Majlis Pelancaran Sambutan 40 Tahun BINA-HIKMAH oleh YAB KM Sarawak di Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Pihak pentadbiran HIKMAH telah mengatur beberapa acara yang akan diadakan untuk majlis tersebut dan tiap-tiap bahagian/cawangan HIKMAH di seluruh Malaysia telah dijemput untuk turut serta dalam acara-acara yang diadakan kelak.

Sungguhpun HIKMAH SARAWAK telah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam perjalanannya laporan-laporan yang telah disiarkan oleh Bahagian2 Hikmah Sarawak di seluruh negeri Sarawak menunjukkan bahawa HIKMAH SARAWAK masih aktif dan cukup giat dalam beberapa usaha dakwah dan pendidikan di peringkat TADIKA. Di peringkat HIKMAH PUSAT pihak pentadbiran sedang mengatur rancangan untuk menghidupkan pusat latihan dakwah HIKMAH SARAWAK di sebuah kawasan yang berdekatan dengan Bandaraya Kuching.

Selain itu pihak pentadbiran juga sedang mengatur satu projek yang dinamakan sebagai Dakwah Kembara HIKMAH sedikit masa. Projek "Dakwah Kembara" ini adalah satu program yang bercorak multi-dimensional dan melibatkan pelbagai pihak. Projek seperti ini pernah dibincangkan oleh AJK PUSAT HIKMAHWP dalam satu perjumpaan yang tidak formal pada awal tahun 2009. Kita berharap beberapa orang AJK HIKMAHWP yang telah menyatakan minat pada perjumpaan informal pada bulan Februari 2009 akan bersedia untuk mengikuti projek yang akan diadakan di Sarawak sedikit masa lagi.

Kita berharap sebelum pihak HIKMAH PUSAT mengadakan program tersebut Bahagian/Cawangan Hikmah di seluruh negara akan dimaklumkan tentang beberapa cadangan tarikh yang sesuai untuk diadakan program tersebut supaya ramai ahli HIKMAH SARAWAK di seluruh Malaysia dapat turut serta. Dalam mesyuarat MT yang telah diadakan pada 3-4 April 2009 baru-baru ini pihak YDP Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz telah menyeru supaya semua AJK MT turut serta. Kita berharap semua AJK MT dan ahli-ahli lain menyambut baik seruan YDP Tan Sri Datuk Amar kita.

oleh
Dr A.H. Awang Mois
BSB