Monday, March 9, 2009

HikmahWP Menyambut Maulidur Rasul Dengan Usrah

Seperti yang telah dirancangkan pada bulan Februari 2009 HikmahWp telah mula mengisi Kalendar Aktiviti Tahun Hijri 1430 (2009) dengan satu Majlis Usrah. Majlis Usrah I HikmahWP telah diketuai oleh Sdr Ibn Mahmud, dari Wilayah Persekutuan Putra Jaya. Sungguhpun kawasan petang/malam Sabtu 7hb Mac cukup sesak dengan kegiatan pasar malam Bandar Baru Bangi yang terkenal "orang-orang kuat" HikmahWp TYPM, SU, SU Perhubungan dan Al-Ustaz Ibn Mahmud sendiri telah berulang kali menghantar SMS kepada rakan-rakan dari Bangi dan BSB untuk hadir.

Syukur alhamdulillah dengan izinNya ALlah maka majlis telah dapat diadakan seperti yang dirancang dengan dihadiri oleh enam ahli dewasa selaku AJK dan seorang ahli muda. Selepas sembahyang Maghrib berjemaah, Ustaz Ibn Mahmud telah memulakan majlis Usrah dengan mengingat dan merenung kembali Kitab Suci AL-Quran dengan menumpukan perhatian kepada isi kandungan Surah Al-Baqara dengan fokus kepada ayat 31.