Sunday, March 4, 2012

Mesyuarat Agung Hikmah Bahagian/Cawangan Wilayah Persekutuan 2012


MESYUARAT AGUNG HIKMAH BAHAGIAN/CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN 2012

Syukur alhamdulillah Mesyuarat Agong Hikmah WP telah diadakan mengikut jadual yang telah dipersetujui oleh ahli beberapa minggu sebelumnya dan mesyuarat tersebut telah berjalan dengan baik dengan kehadiran ahli-ahli baru yang lebih ramai daripada Mesyuarat Agung yang pernah diadakan sebelumnya. Kami di HikmahWP berdoa semoga Allah menerima usaha kami untuk terus melatih barisan pemimpin yang bersih, amanah dan bertaqwa kepada ALlah subhanahu wa ta'ala. Ameen.

Mesyuarat telah diadakan dengan kehadiran muka2 Muslim dan Muslimah baru yang terdiri daripada golongan profesional dan pelajar2 universiti tempatan. Ada beberapa ahli baru yang turut hadir adalah bekas pemimpin2 persatuan pelajar Islam sama ada di Universiti Malaya maupun di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemilihan AJK untuk 2012-2015 telah menampilkan beberapa orang barisan pemimpin Muslim dan Muslimah yang baru. Mesyuarat dengan sebulat suara telah memilih Prof Datu Hj Abang Abdullah bin Ali sebagai Pengerusi Hikmah WP untuk menggantikan mantan pengerusi HikmahWP Dr Hj Awang Hasmadi Awang Mois yang kini bertugas di sebuah universiti di negara jiran. Sdr Bob Hashahari kekal menjadi Setusaha HikmahWP untuk sesi yang baru. Saudara Riziandi pula telah dipilih untuk menjadi Timbalan Pengerusi.

Tempat : Restoran Lengkuas Bandar Baru Bangi
Masa : 8 malam sehingga 11.30 malam
Tarikh : 3hb Mac, 2012

Thursday, October 21, 2010

Busana Yang diperagakan di Festival Busana Islam Dipersoal: NGO Islam nak buat apa?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).

Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

Saturday, September 11, 2010

Padri Ektremis Yang Mengancam Pembakaran Al-Quran Sudah Cabut ...

Friend: Pastor who planned Quran burn flying to NY

By MIKE SCHNEIDER, Associated Press Writer – 27 mins ago

GAINESVILLE, Fla. – An associate of the pastor who once planned to burn copies of the Quran to mark the 9/11 anniversary says the Rev. Terry Jones is headed to New York aboard a Friday night flight.

K.A. Paul, a Christian evangelist who runs a ministry in Houston, says he bought the ticket for Jones to fly out of Orlando and land around 10:15 p.m. in New York. Paul provided The Associated Press with a copy of the itinerary and flight confirmation number.

Jones has said he planned to meet with the imam overseeing a proposed mosque and Islamic center to be built near ground zero.

Paul says Jones was able to sneak out of his Gainesville church without the media noticing.

Earlier Friday, Jones' son, Luke, said that the Quran-burning won't take place Saturday but couldn't say whether there would be a future event.

Yahoo! News

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Pengurusi
dan
Ahli Jawatankuasa
HIKMAH CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Dengan Hati Yang Tulus Ikhlas
ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
Kepada
Semua Ahli HIKMAH SARAWAK

di seluruh negara
Malaysia
1 Syawal 1431 Hijriah
bersamaan
Jumaat
10 September 2010


Ancaman Membakar Al-Quran oleh puak Evangelical di Amerika: White House Risau dan OIC akan melihat saja?

White House warns Florida church not to burn Koran - Americas, World - The Independent

Komentar: Pihak HIKMAHWP dengan sekeras-kerasnya mengutuk sebarang perbuatan buruk dan keji mana-mana pihak maupun kumpulan agama yang mempersenda, mempermain, memusnah, mencabuli, mencemar dan menghina Kitab Suci Agama Islam yang telah diturunkan oleh ALlah SWT melalui Rasul dan NabiNya Muhammad SAW. Kami menganggap perbuatan membakar AL-Quran sebagai suatu perbuatan dan tindakan yang provokatif dan bertentangan dengan prinsip-prinsip kemanusiaan, kemasyarakatan dan keagamaan dan lebih-lebih lagi bertentangan dengan perbuatan manusia atau kumpulan manusia yang mengaku diri mereka sebagai mahluk yang mulia, berakhlak tinggi, bertuhan dan bermoral. Kami juga menganggap bahawa perbuatan membakar, mempersenda dan mencemar Kitab Suci Kami Ummat Islam sebagai perbuatan manusia yang tidak siuman dan gila. Semoga ALlah membalas perbuatan manusia yang tidak bermoral, gila dan tidak siuman ini dengan segala kuasa dan kebijaksanaan yang ada padaNYA.

To Pastor Terry Jones and his followers of the anti-Islam Evangelical Christian Church Dove World Outreach Center in Florida may ALlah, the Almighty God the Creator of all mankind have mercy on your long lost souls.

Tuesday, September 7, 2010

Iklan TV3 Yang Tidak Islamik Ditarik Balik

By Agence France-Presse, Updated: 9/6/2010

Malaysian TV pulls Ramadan ad over Christmas links

A Malaysian TV station said Monday it had withdrawn an advertisement marking the Muslim festival of Eid al-Fitr which was criticised as "un-Islamic' for having a Christmas-like theme.

The private TV3 channel started last week airing the one-minute commercial marking the end of the Ramadan fasting month, showing a man wearing an Islamic skullcap taking children on a magical trishaw for a ride through the sky.

Some viewers in Muslim-majority Malaysia said the character was reminiscent of Santa Claus, and several groups demanded it be retracted. There was also criticism that the ad featured a lotus flower, which is linked to Buddhism.

"TV3 apologises on the airing of the advertisement... which has offended many people," the station said in a statement, adding that it had been taken off air.

"We will be more cautious to avoid similar incidents to happen again in the future," it added.

Religion and language are sensitive issues in multiracial Malaysia, which was hit by deadly race riots in 1969.

Some 60 percent of the 28 million population are Muslim Malays, living alongside large ethnic Chinese and Indian communities who have expressed fear that the country is being "Islamised" and their rights are being eroded.

Berita MSN

Saturday, August 28, 2010

SMS harian dan panduan dari Ustaz dan guru saya di Katapang, Kalimantan Barat Indonesia:

Tafakur Dhuha. ALlah SWT berfirman, " Hai insan! Kekayaan-KU tidak akan pernah habis selamanya. Kian banyak kau berinfak, sebanyak itu pula AKU memberi rezekimu. Seberapa pula tingkat kikirmu sekadar itu pula AKU menahan rezekimu" (Hadis Qudsi)

Sumbangan Dr. A.H. Awang Mois