Saturday, March 10, 2012

Untuk Seluruh Ummat Islam dan Yang Mengaku Islam di Sarawak

Bacalah Al Qu'ran, Bacalah Al Qu'ran, bacalah, kerana sewaktu di akhirat nanti itu satu-satunya saja BUKU yang akan menyelamatkan kita dan kamu. Buku-buku lain walau apapun namanya dan sebesar mana ongkosnya waima ia bernama Das Kapital yang dihasilkan oleh Saudara Karl Marx, Mein Kamf oleh Fascist Hitler,Origin of the Species oleh Charles Darwin, A Brief History of Time oleh Stephen Hawking, Buku Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Malaysia, Politik Pembangunan atau 1 Malaysiakah tidak akan menyelamatkan kamu dan kita semua. Yang akan menyelamatkan kamu dan kita semua mengikut janji ALlah adalah ALlah dan BUKU yang telah diturunkan oleh ALlah bersama Pesuruh ALlah Nabi Muhammad Rasul ALlah (SAW) dan bacalah Doa Selepas Membaca Al-Quran: BismillaahirRahmaanirRaheem. Dengan nama ALlah yang maha pengasih, maha penyayang. Ya ALlah, dengan Al Qur'an, kurniakanlah kasih sayangMu kepada hamba. Jadikanlah sebagai imam, cahaya hidayah, dan sumber rahmat bagi hamba. Ya ALlah ingatkan hamba bila ada ayat yang hamba lupa mengingatnya. Dan ajarkan pada hamba, ayat yang hamba bodoh memahaminya. Kurniakan pada hamba kenikmatan membacanya, sepanjang waktu, baik tengah malam atau tengah hari. Jadikanlah Al Qu'ran sebagai hujjah, wahai Tuhan yang menguasai seluruh alam. (dan akhirilah doa ini dengan selawat ke atas Nabi SAW). Biasanya doa ini dinyanyikan selepas tadarus Al Quran.

Kiriman Dr A.Hasmadi A. Mois

No comments:

Post a Comment