Sunday, March 4, 2012

Mesyuarat Agung Hikmah Bahagian/Cawangan Wilayah Persekutuan 2012


MESYUARAT AGUNG HIKMAH BAHAGIAN/CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN 2012

Syukur alhamdulillah Mesyuarat Agong Hikmah WP telah diadakan mengikut jadual yang telah dipersetujui oleh ahli beberapa minggu sebelumnya dan mesyuarat tersebut telah berjalan dengan baik dengan kehadiran ahli-ahli baru yang lebih ramai daripada Mesyuarat Agung yang pernah diadakan sebelumnya. Kami di HikmahWP berdoa semoga Allah menerima usaha kami untuk terus melatih barisan pemimpin yang Bersih, Amanah dan Bertaqwa kepada ALlah subhanahu wa ta'ala. Ameen.

Mesyuarat telah diadakan dengan kehadiran muka2 Muslim dan Muslimah baru yang terdiri daripada golongan profesional dan pelajar2 universiti tempatan. Ada beberapa ahli baru yang turut hadir adalah bekas pemimpin2 persatuan pelajar Islam sama ada di Universiti Malaya maupun di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemilihan AJK untuk 2012-2015 telah menampilkan beberapa orang barisan pemimpin Muslim dan Muslimah yang baru. Mesyuarat dengan sebulat suara telah memilih Prof Datu Hj Abang Abdullah bin Ali sebagai Pengerusi Hikmah WP untuk menggantikan mantan pengerusi HikmahWP Dr Hj Awang Hasmadi Awang Mois yang kini bertugas di sebuah universiti di negara jiran. Sdr Bob Hashahari kekal menjadi Setusaha HikmahWP untuk sesi yang baru. Saudara Riziandi pula telah dipilih untuk menjadi Timbalan Pengerusi.

Tempat : Restoran Lengkuas Bandar Baru Bangi
Masa : 8 malam sehingga 11.30 malam
Tarikh : 3hb Mac, 2012

No comments:

Post a Comment