Kita telah menjadi buih-buih yang hanyut tanpa haluan. Kita ramai (lebih 1 bilion), kita kaya (dengan minyak) dan kita dianugerahkan oleh Allah dengan ad-deenul Islam yang sepatutnya membawa kepada kejayaan di dunia, selain daripada akhirat.
Mereka yang berjaya dan kaya raya mudah lalai, dibuai oleh kesoronokan hidup, tidak sedar masa berlalu, dan tidak terpanggil untuk membantu golongan yang tertindas.
Mereka yang daif, hidup melarat, malah disembelih oleh musuh yang kejam tanpa pembelaan.
Ramai yang keliru, mengerja ibadah sambil tenggelam dalam maksiat. Peningkatan salahguna kuasa, rasuah dan zina berlaku pada masa ceramah agama, urusan haji dan umrah serta pembinaan masjid juga meningkat. Amalan nifaq berleluasa hingga pertambahan orang munafiq pasti mengatasi orang yang beriman. Malah ada yang tidak takut atau malu untuk mengisytiharkan diri murtad.
Dalam kekusutan umat Islam hari ini, alhamdulillah ada golong yang sedar dan jelas tentang apa yang sedang berlaku.
Merekalah harapan ummah.
_______________________
Nukilan Prof Abang Abdullah, AJK Hikmah WP
30 Julai 2008
No comments:
Post a Comment