Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (Al-Kahfi 18:23–24)
Setiap tindakan yang dilakukan mahupun yang ditinggalkan, setiap nafas yang dihela oleh manusia, adalah bergantung kepada ketentuan Allah. Hijab telah dilabuhkan sepenuhnya dihadapan kita, agar manusia hanya berupaya untuk melihat masa kini sahaja, dan melindungi masa akan datang. Penglihatan manusia tidak akan dapat melepasi hijab ini, dan pengetahuan kita adalah amat terhad, walau setinggi mana pengetahuan yang kita ada.
Justeru, manusia tidak boleh sama sekali menyatakan secara pasti apa yang akan dilakukan pada esok hari, melainkan menyertakan kehendaknya bersama dengan ketentuan Allah. Ini adalah kerana hari esok terletak pada satu daerah yang berada di luar pengetahuan manusia. Hari esok adalah hanya di dalam pengetahuan Allah. Oleh itu, kita tidak sepatutnya meletakkan kepastian untuknya.
Namun, kenyataan ini bukanlah bermaksud manusia perlu berserah dan tidak berusaha, tidak merancang dan mempunyai visi untuk masa hadapan. Manusia tidak sepatutnya hidup hanya untuk hari ini, dengan memisahkan diri dari masa silam dan akan datang. Sudah pasti ini bukanlah maksud firman Allah di atas. Apa yang sepatutnya difahami adalah, setiap perancangan manusia itu perlu disertakan dengan ketentuan Allah di dalamnya. Manusia boleh berkehendakkan apa sahaja, namun perlu sentiasa memohon pertolongan Allah, merasakan ketentuan Allah mempunyai kekuasaan mutlak ke atas segalanya. Ini termasuklah kemungkinan keputusan Allah yang akan bertentangan dengan perancangan asal manusia. Sekiranya Allah membantu manusia untuk mencapai segala kemahuan yang telah dirancangkan, maka segalanya akan berjalan dengan lancar. Sebaliknya, jika kehendak Allah adalah bertentangan dengan kamahuan asal manusia, dia (manusia) tidak sepatutnya merasa sedih atau berputus asa. Kerana sesungguhnya, segala urusan adalah milik Allah dari awal hingga ke akhirnya.
Apa yang dimaksudkan disini adalah, di dalam kehidupan, kita boleh merancang dan berciti-cita semahunya, namun sentiasa disertakan dengan penyerahan kepada Allah untuk segala bantuan dan petunjukNya. Manusia patut menyedari bahawa kita hanya memiliki keupayaan aqal dan pemikiran yang telah dianugerahkan oleh Allah. Ini pula tidak sepatutnya membawa manusia ke arah kemalasan dan kurang daya usaha. Sebaliknya, perihal ini sepatutnya memberi kita lebih kekuatan, kesungguhan, keyakinan dan keazaman. Sekiranya di dalam beberapa perkara, ketetapan Allah telah menentukan arah yang bertentangan daripada perancangan kita, kita perlu menerima ketentuan tersebut dengan ketenangan dan keyakinan penuh kepada Allah. Kita berserah kepada ketentuan Allah, kerana segala urusan adalah di luar pengetahuan kita sehinggalah Allah menjadikan ia diketahui.
Inilah pendekatan yang telah Islam tanamkan kepada setiap penganutnya. Oleh itu, setiap muslim itu tidak akan merasa bersendirian di dalam merancang atau memikirkan masa hadapan. Dan pada masa yang sama, seorang muslim itu juga tidak akan merasa bangga diri atau sombong apabila beliau berjaya, atau dikuasai oleh rasa putus asa dan kemurungan apabila beliau gagal. Dalam semua keadaan, dia akan mengingati Allah, merasa lebih kuat apabila bergantung kepadaNya, bersyukur kepadaNya atas kejayaan, dan berserah kepada apa jua ketentuan Allah.
“Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa” (Al-Kahfi 18:24). Inilah yang perlu dilakukan oleh seorang muslim tatkala dia lupa untuk menyandarkan niat dan perancangannya kepada ketentuan Allah. Dia perlu mengingati Allah dan memperbaharui meyakinan kepada Allah. Dia juga perlu berharap untuk sentiasa menyedari kekuasaan Allah, kembali kepada Allah dalam setiap perkara dan tindakan pada masa akan datang dan berkata "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan lebih terang dari ini" (Al-Kahfi 18:24).
Doa dalam ayat di atas menggambarkan bahawa bukanlah mudah untuk sentiasa kembali kepada Allah di dalam setiap urusan. Dan doa ini adalah untuk kita sentiasa beristiqamah dan memperbaiki penyerahan diri kepada Allah.

(Posting oleh saudara Satria Arjuna bin Haji Julaihi)
Artikel ini adalah terjemahan Bahasa Melayu atas terjemahan Bahasa Inggeris oleh ‘Adil Salahi. Tulisan asal artikel ini adalah dalam Bahasa Arab oleh Sheikh Sayed Qutb. Artikel Bahasa Inggeris telah dipetik daripada “www.islamonline.net”.

No comments:
Post a Comment