Assalamualaikum Wr. Wb ... Bismillahirahmanirrahim ...
Selaku pengerusi HIKMAHWP saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah atau awal Muharram 1430 kepada seluruh anggota HIKMAH WP yang bermastautin di Semenanjung Malaysia khasnya, dan anggota pertubuhan HIKMAH Sarawak yang bergerak aktif di seluruh bahagian negeri Sarawak amnya.
Selaku pengerusi HIKMAHWP saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah atau awal Muharram 1430 kepada seluruh anggota HIKMAH WP yang bermastautin di Semenanjung Malaysia khasnya, dan anggota pertubuhan HIKMAH Sarawak yang bergerak aktif di seluruh bahagian negeri Sarawak amnya.
Seperti-hari-hari besar dalam Takwim Islam, Maal Hijrah adalah satu titik yang sangat penting dalam sejarah perkembangan masyarakat dan budaya Islam kerana ia menandakan perpindahan keluar Rasulullah SAW dengan para sahabatnya dari Kota Makkah, kota yang penuh ancaman yang dikuasai oleh golongan kafir keturunan Quraish yang anti-perubahan dan anti-Islam. Perpindahan ke kota Madinah, kota yang lebih aman, tenteram dan conducive kepada kemajuan, kejayaan dan pertumbuhan socio-ekonomi yang baru ini telah dilakukan secara senyap-senyap dan berperingkat-peringkat supaya Rasulullah SAW dan para sahabatnya dapat mengelakkan ancaman, penindasan dan penghapusan oleh golongan kafir Quraish yang mendiami Kota Makkah. Di Kota Madinah-lah Rasulullah SAW bersama para sahabatnya telah berjaya membina negara Islam yang pertama dengan penyatuan tenaga (synergy) dari dua kelompok, iaitu kelompok muhajirin yang berasal dari Kota Makkah, beserta dengan kelompok Ansar (indigenous) kota Madinah. Sejak peristiwa penghijrahan yang pertama ini , istilah hijrah telah memberi pelbagai makna kepada masyarakat Islam di seluruh dunia.
Walau apapun maksud simbolik yang kita ingin berikan kepada fenomena hijrah Rasulullah SAW ini, marilah kita dalam pertubuhan seperti HIKMAH merenung semula fenomena yang bersejarah ini dan cuba menghayati nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya untuk menjadi panduan kepada pergerakan, kemajuan dan kejayaan pertubuhan kita pada tahun-tahun yang akan datang.
Wabillahit Taufiq Walhidayah, wassalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh.
Tulisan dan ucapan Pengerusi HikmahWP
Dr Awang Hasmadi Awang Mois
BSB.
No comments:
Post a Comment