An Israeli newspaper Yedioth Ahronoth said that the Israeli government has started to look for a political solution to the war after the first moments of the ground military operation against Gaza?
Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh laporan surat khabar yang disiarkan oleh Palestine Information Center di sebelah. Kenapakah negara haram Israeli yang telah dibina atas tanah Palestin oleh negera2 besar Perancis, Inggeris, Amerika dan Russia tiba-tiba ingin mencari penyelesaian politik kepada peperangan yang dicetuskan oleh Israeli bersama Tukang Kasut No 1 Amerika bernama Presiden Bush. Bukankah selama ini dunia yang dipimpin oleh Amerika dan Great Briatin bersama konco2 mereke seperti France dan Russia telah mengadakan beratus-ratus mesyuarat di merata tempat di dunia untuk mencari penyelesaian politik kepada perperangan yang berlarutan antara orang Arab dan pendatang haram Yahudi di bumi Palestin? Tetapi apa dah jadi kepada penyelesaian-penyelesaian politik atau penyelesaian-penyeselaian damai ini? Ke mana pergi formula perdamaian yang telah dihasilkan oleh Mesyuarat Camp David, Persidangan Oslo dan sebagainya? Berapa orang pemimpin negara Arabkah yang sudah meninggal dunia sama ada kena bunuh oleh orang-orang Arab sendiri atau kena racun oleh agen-agen Zionist seperti arwah Presiden Palestine Yasser Arafat dan pemimpin Israel sendiri pula yang telah bertukar ganti secara permainan ala magical chair yang ada daripada mereka yang sudah dan ada pula yang sedang mampus (Ariel Sharon) tetapi negara Israel terus belum dapat hidup damai dengan rakyat dan negara Palestin. Kalau Seniman Agong P.Ramlee yang memegang watak salah seorang Abdul dalam cerita hasil karyanya Tiga Abdul masih hidup, saya percaya beliau pasti akan bertanya kepada Abdul-Abdul yang lain, "Eh, Berapa Kali Mau Damai Da...Tapi Tak Damai-Damai Lagi?"
Satu pertanyaan yang juga ditimbulkan oleh kenyataan dalam surat khabar Yahudi ini ialah adakah Angkatan Tentera Penyerang Israel (IOF) kali ini masih fit atau sekuat pasukan tentera negara Israel pada zaman 1970an untuk menawan negara atau bumi Arab. Adakah mereka masih ada daya sustenance untuk meneruskan perang lebih daripada tempoh masa dua minggu atau dua bulan. Nampak macam pasukan Tentera Israel selepas peperangan Israel dengan Hezbollah di Lebanon tempoh hari sudah semakin kehilangan semangat (dan kita doakan mereka memang sudah kehilangan semangat atau demoralised). Perlu kita ingatkan bahawa tentera negara Israeli dan Israel sendiri pun wataknya hampir sama dengan Arab kerana orang Yahudi (bukan Zionists) dengan Arab ini sebenarnya sepupu - atuknya sama. Beza Israel dengan Arab Palestin ini Israel mempunyai penaung yang bernama Amerika dan Israel adalah anak angkat Amerika yang sangat manja sehingga kalau Israel terkena demam selsema dan hidungnya berhingus, Amerika sanggup tebang satu batang pokok di hutan Tropika yang jauh di khatulistiwa untuk dijadikan tisu paper bagi menyapu hinggus yang meleleh di hidung Israel ini! Dan falsafah ketenteraan Angkatan Bersenjata Isareli ini pun sama seperti falsafah peperangan Angkatan Tentera Amerika - mereka mahu perang tetapi tidak mahu mati. Eh mana ada perang dan tentera yang berperang itu tidak akan mati? Apa jenis perang seperti itu? Perang di Studio Filem Hollywood bolehlah. Perang sebenar lain. Dalam perang sebenar manusia mesti bersedia untuk mati. Di sinilah letaknya perbezaan antara nilai perperangan yang dianuti oleh tentera Islam di seluruh dunia tak kira namanya tentera HAMAS seperti Qassam Brigade, tentera Hizbollah, Mujahid Chechen dan Inguhsetia, Muslim Insurgents di Iraq atau tentera Islam yang selalu dipersenda-sendakan oleh Amerika dan konco-konconya di Afghanistan yang bernama Taleban. Tentera-tentera yang menjadi kesayangan majoriti umat Islam di seluruh dunia ini TIDAK TAKUT MATI. Malah mereka memang pergi berperang untuk mencari mati. Kerana mati dalam perang dengan musuh2 Islam menjanjikan SYURGA yang memang diingini oleh semua Mujahid Islam sejak bermulanya sejarah Islam yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Jadi kenapa Israel tiba-tiba mahu mencari political solution pada waktu dia menyerang HAMAS di Gaza pula? Ada beberapa kemungkinan saja: (i) Israel ingin berpura-pura menunjuk kepada dunia bahawa dia ni budak baik, walaupun dia anak luar nikah Amerika, nakal dia, samseng dia, memang samseng seorang budak baik, samseng seorang anak manja kesayangan bapanya yang bernama Amerika dan emaknya yang bernama Great Britain dan paman2nya bernama Perancis dan Russia. Dalam Bahasa Indonesia ini disebut sebagai "psikolohi murahan" atau "psikolohi anak jalangan"; (ii) Israel sedang berhadapan dengan pasukan tentera berani mati HAMAS yang bergelar Qassam Brigades yang memang berani mati, cukup terlatih, cukup bersedia dan cukup bersenjata untuk berperang secara guerilla. Pada bulan Julai 2008 sebuah laman web yang pro-jihad bernama Jihad Unspun telah melaporkan bahawa Qassam Brigades ini telah mengadakan pertemuan dan memohon bantuan ketenteraan dari satu Pertubuhan Jihad Islam yang cukup terkenal di seluruh dunia sehingga dibenci oleh Amerika dan konco2nya bernama Al-Qaeda. Mungkin selepas perjumpaan ini Qassam Brigades telah belajar teknik-teknik silat dan mempertahankan diri yang baru dan ganggeh dari Al-Qaeda atau pasukan-pasukan tentera Islam yang lain sehingga di round pertama serangan Israel ke atas HAMAS dan Gaza negara Israel sendiri yang merasa risau kerana meriam-meriam katak yang dilancarkan oleh tentera HAMAS ini capaiannya agak jauh dan Israeli takut pula missile yang dituju ke atas bumi Israel menggena Logi Nuklearnya sendiri. Inilah dasar perang Hollywood bila berperang bangunan yang dibom pun mahu dikekalkan bersih dan tidak rosak. Israel harus ingat bahawa kalau dia serang negara orang sehingga hancur lebur dan badan-badan orang Arab dan Islam sampai berkecai-berai orang2 Arab dan Islam juga akan serang dan bom negaranya sampai hancur lebur dan kecai bederai. Ini hukum perang! (iii) Israeli ingin melihat pandangan atau reaksi dunia sama ada dakyahnya yang menganggap dirinya teraniaya oleh lautan negara Arab menyebelahi anak Samseng bikinan Amerika dan Great Britain atau menyebelahi HAMAS; (iv) menawarkan satu hidangan atau "menu" lama untuk seorang presiden Amerika yang baru bernama Barak Obama. Seperti presiden-presiden Amerika yang lain USAH mengharap banyak dari presiden Amerika yang seorang ini, kerana banyak laporan di laman web di Amerika yang melaporkan Obama ini pun terikat dengan kumpulan rahsia dan pelobi Yahudi dan yang lebih kita takuti Zionist Amerika. Maka itulah Obama telah digelar oleh salah seorang strategist dan perancang Al-Qaeda sebagai "House Slave". Mungkin juga Israel pada kali ini tidak seyakin Israel pada zaman pemerintahan Ariel Sharon kerana Israel tahu bahawa negara Amerika yang mendakwa dirinya "Kuasa Terbesar Dunia" pun sudah terbukti tidak sekuat mana; di Iraq pun kereta-kereta kebal Amerika didapati sudah tidak kebal lagi. Malah banyak kereta perang yang baru berupa Humvee-nya sudah dijadikan seperti Tin Milo murahan atau besi buruk yang tidak laku di padang pasir Iraq akibat diletupkan oleh kumpulan Mujahid Iraq yang cukup mahir dalam bidang letupan. Di Afghanistan pula Amerika terkial-kial dan menjerit-jerit minta tolong konco-konco dan boneka-bonekanya untuk melawan tentera kesayangan umat Islam bernama Taleban yang berjuang dengan motosikal scrambler dan Toyota pacuan 4Roda. Dan satu satu demi satu konco-konco dan boneka-boneka Amerika meninggal Amerika untuk melawan pasukan Taleban yang serba-serbi kekurangan kelengakapan dan makanan. Itu pun tentera Amerika tidak terlawan! Namun begitu Si Tukang Kasut No 1 Bush dan yang sedihnya penasihat beliau dari Gerakan Neo-Conservatives di Amerika masih lagi ingin meneruskan perjuangan mereka untuk menghapuskan Islam dan masyarakat Islam.
Walau apapun kemungkinan yang ada dalam otak dan perut busuk Israeli kita boleh meminjam sekali lagi pertanyaan yang pernah ditimbulkan oleh arwah P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul , "Eh berapa kali mau damai da?". Doa kita yang sesuai dengan Tahun Baru Hijri inilah ialah kemenangan untuk pihak tentera Islam HAMAS, seperti Qassam Brigades dan sekutu2 mereka di tanah suci Palestin. Amin.
Tulisan oleh
Dr. A.H. Awang Mois,
Bangi
6 Januari 2009
No comments:
Post a Comment