Tuesday, January 13, 2009

Risalah Usrah 1 – Konsep-konsep Umum Islam oleh Abu’ Urwah.

(Sambungan 1.1 Muqaddimah)


Pengertian kepada keimanan atau aqidah itu tersusun daripada enam perkara:


  • Keimanan kepada Allah,
  • Keimanan kepada yang ghaib,
  • Keimanan dengan kitab-kitab,
  • Keimanan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul,
  • Keimanan kepada hari Akhirat,
  • Keimanan kepada qada’ dan qadar atau taqdir.


Asas aqidah Islamiyyah adalah tauhid kepada Allah. Tauhid dalam Islam adalah inti bagi Islam itu sendiri. Al-Quran keseluruhannya berbicara tentang tauhid, baik dalam ayat-ayat yang mengandungi cerita, berita tentang adanya Allah serta sifat-sifat Nya dan juga dalam ayat-ayat yang menerangkan makhluk dan perbuatannya.


Bersumber daripada tauhid ini lahirlah cabang-cabangnya yang berupa peraturan-peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. Dalam semua bentuk peraturan ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan serta menanam tauhid terhadap Allah ke dalam hati setiap orang yang beriman.


Petikan daripada Risalah Usrah 1, Konsep-konsep Umum Islam oleh Abu' Urwah
.



No comments:

Post a Comment