Tetapi, bukankah ramadhan itu bulan di mana kita sepatutnya merasa perit pedihnya mereka yang tidak ada makanan? Bukan tujuan ramadhan supaya kita membuka ‘selera’ kita dengan rakus nya, dan yang akhirnya merupakan satu pembaziran!
Sepatutnya masa ini lah berat badan kita menurun….tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebabnya? Makanan berlemak dan manis yang kita makan berlebihan semasa berbuka hinggalah ke larut malam. Daripada makan apa-apa saja sepanjang malam, elok lah kita rancangkan apa yang kita makan supaya kita hanya makan yang berkhasiat, yang dapat memberi tenaga semasa mengharungi hari-hari sepanjang ramadhan.
Berbukala dengan makanan ringan yang dapat memulihkan tenaga kita seperti buah tamar, kueh mueh atau roti.Disamping mempunyai serat (bagus untuk penghadaman) ia juga tidak ’mengejutkan’ perut yang telah kosong sepanjang hari.
Selepas solat maghrib, barulah makan makanan yang lebih berat seperti nasi, lauk dan sayur yang akan membekalkan zat karbohidrat, protin dan mineral. Elak lah makanan terlalu pedas atau berminyak. Jangan lah makan terlalu kenyang kerana akan membuat kita rasa kurang selesa dan mengantuk yang mungkin akan mengganggu ibadat kita seterusnya.....solat terawih!
Jika masih berasa lapar selepas terawih boleh lah makan sedikit makanan ringan seperti mee atau roti.
Sahurlah makanan terpenting kita. Elok lah makan sahur sehampir mungkin dengan waktu imsak.Makan lah makanan yang berat yang dapat memberi kita tenaga dan membuat kita lebih fokus untuk menghadapi hari yang pasti penuh dengan activiti-activiti mencabar. Ingat! Jangan tidur selepas sahur, sebab makanan tadi tidak akan hadam sepenuh nya dan hanya akan terkumpul sebagai lemak di dalam badan.
Disamping semua ini, kita mesti minum lebih (lebih kurang lapan gelas) sepanjang waktu selepas berbuka hingga sahur. Ini untuk memastikan bekalan air dalam badan kita mencukupi. Biasanya orang yang merungut sakit kepala di bulan ramadhan ialah kerana badan kekurangan air. Yang elok, minum lah air kosong. Teh dan kopi mejadikan kita diuretik dan badan kita akan hilang bekalan air. Minuman manis pula akan membuat kita rasa penat dan lesu.
Anak-anak yang berpuasa juga perlu jagaan pemakanan yang baik. Pastikan mereka tidak berbuka dengan gelojoh dan elakkan minuman bergas. Perut yang kosong tidak akan tahan serangan mengejut ini!Juga galakkan mereka minum air kosong lebih.
Makanan seperti buah tamar, pisang dan badam adalah sumber tenaga dan serat yang sesuai untuk anak dan dewasa.
Marilah kita jadikan ramadhan ini bulan pembaharuan!
Tukarlah cara pemakanan kita kepada yang lebih baik dan mendapat keberkatan.
__________________
Nukilan oleh Hajah Rosmani Mahmood, AJK HikmahWP