Friday, August 15, 2008

FAKTOR YANG MENENTUKAN INDIVIDU MAHU MENGUBAH SIKAP

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. ~ Surah Al-Rad : Ayat 11


Setiap dari kita dikurniakan pancaindera sebagai sumber penerima maklumat yang pelbagai daripada persekitaran dan untuk edisi kali kita akan berkongsi mengenai faktor yang membantu individu berubah.


Faktor yang menentukan individu mahu mengubah sikap:-


1. Mendengar


> Individu bersedia mendengar apa yang diperkatakan oleh individu lain.

> Seseorang yang ingin membantu individu lain berubah sikap juga perlu mempunyai kemahiran pertuturan yang efektif.


2. Memahami

> Selagi seseorang itu tidak faham, ia tidak akan terpengaruh dengan maklumat tersebut.


3. Menerima

> Kebolehan untuk mempengaruhi individu menerima maklumat yang disampaikan adalah penting dalam usaha mengubah sikap seseorang.

> Individu menerima maklumat yang baik dan bersesuaian dengannya.


4. Mengingat

> Individu yang ingin mengubah sikap seseorang individu lain harus mempunyai teknik pengucapan yang dapat menarik minat pendengar mengingat apa yang diucapkan.


5. Melakukan

> Manusia akan bersedia mengubah tingkahlaku dan sikap apabila tingkahlaku itu selaras dengan apa yang didengar, difahami dan diterima olehnya.


10 perkara perbuatan sia-sia :-


Dalam menghadapi era perubahan yang semakin mencabar manusia zaman kini sering terlupa dan lalai dalam beberapa aspek penting dalam kehidupan antaranya :-


Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-


1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.


2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.


3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.


4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.


5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.


6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.


7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.


8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.


9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.


10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


Oleh itu kita hendaklah sentiasa menjauhi perkara yang sia-sia dan bersedia melakukan perubahan ke arah kebaikan dalam menjamin kesempurnaan iman dan kesejahteraan hidup.


____________________
Dikarang oleh Riziandy Nawawi, Kaunselor JPA yang juga merupakan AJK HWP

No comments:

Post a Comment