Monday, November 24, 2008

PROGRAM IBADAH KORBAN HIKMAH PUSAT 1429H

Kepada

Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan
Ahli Majlis Tertinggi
Harakah Islamiyah (HIKMAH)

Assalamualaikum w.b.t

PER: PROGRAM IBADAH QURBAN 1429 H

Program Ibadah Qurban 1429 H akan diadakan sempena dengan sambutan Hari Raya AidilAdha pada 8 Disember 2008. Sehubungan itu, HIKMAH PUSAT telah mencadangkan pengagihan daging qurban ke kawasan Perkampungan Baru Islam (PBI) di Serian, Padawan dan Tebedu.

Pihak Pejabat HIKMAH PUSAT mengalu-alukan sumbangan qurban daripada pihak Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan bagi menjayakan program ini. Tarikh tutup untuk pengesahan penyertaan adalah pada 27 November 2008 /29 Zulkaedah 1429 H.
Sila hubungi Puan Hamisah bt Bohari atau Cik Haniaryana Mustaffa di nombor Pejabat HIKMAH PUSAT +6082441150 untuk pertanyaan.

Semoga ibadah kita diberkati hendaknya oleh Allah s.w.t.

Wasssalam.

HANIARYANA MUSTAFFA
Pejabat HIKMAH PUSAT
Kuching, Sarawak.

Tuesday, November 18, 2008

"Tips Menghadapi Tekanan"

Pendahuluan


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan bacaan Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Perbanyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalukan Berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. (Ed. Di Negara Brunei Darussalam pada Jumaat minggu lepas 14 November 2008 seluruh masjid negeri telah diarahkan untuk memberikan khutbah tentang keperluan ummat Islam sentiasa rajin berdoa untuk mengekalkan hubungan antara manusia dan Allah Maha Pencipta.)

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan Luar seperti Bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa
keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amalan Diet dengan Disiplin yang Kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan Sepuas Hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan Diri Sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Wallahualam.


Riziandy Nawawi,
Bangi.

Wednesday, November 12, 2008

Manusia & Masyarakat

Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku-suku bangsa, Supaya kamu mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah
Ialah yang lebih bertaqwa (memilahara diri dari kejahatan).
Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Mengerti.

Terjemahan (English translation)

O Mankind! We created You from a single (pair)
Of a male and a female. And made you into Nations and tribes, that
Ye may know each other (Not that ye may despise Each other).
Verily The most honoured of you
In the sight of God
Is (he who is) the most
Righteous of you
And God has full knowledge
And is well acquainted
(with all things)

Al-Quran Surah XLIX - Al Hujurat 13-15


Sebagai sebuah cawangan HIKMAH atau BINA Sarawak yang telah lahir di tengah-tengah komuniti ilmu, mulanya di Lembah Pantai dan kemudiannya berpindah ke tengah-tengah pusat Multi-Media Super Corridor Malaysia HIKMAH WP ingin memulakan satu ruangan khas yang mengajak anggota ummah Islam yang prihatin di seluruh Malaysia untuk membincangkan isu-isu pokok yang menyentuh masyarakat dan budaya masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini. Kami di HIKMAH WP ingin mengajak dan mengalu-alukan penyertaan teman-teman dari cawangan-cawangan HIKMAH yang lain di negeri Sarawak untuk turut serta membicarakan isu-isu pokok yang menyentuh masyarakat Islam di negeri Sarawak khasnya, dan Malaysia amnya. Kami di HIKMAH WP yakin HIKMAH sudah mempunyai tenaga mahir yang mencukupi dan terlatih dalam pelbagai bidang untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan kita bersama. Selama ini komuniti Islam di negeri Sarawak hanya mendengar rakan-rakan senegara berceramah kepada mereka. Kami di HIKMAH WP ingin merubah tradisi itu. Kami ingin kembali dan menghidupkan semula satu amalan dan tradisi yang telah dimulakan oleh pengasas pertubuhan kami iaitu YBhg Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub semasa beliau memimpin BINA SARAWAK dahulu untuk turut berceramah sambil kita mendiagnosa secara rasional punca dan penyebab kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh seluruh rakyat Malaysia.
Semua rakyat Malaysia yang telah terdidik pada tahun 1970an dahulu masih ingat bagaimana YAB Tun Rahman Yaakob semasa menjadi Menteri Pendidikan Malaysia pada akhir tahun 1960an telah dengan berani dan tegas membuat keputusan untuk menubuh dan menjadikan penubuhan Universiti Kebangsaan satu realiti dalam keadaan penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia masih ragu-ragu, kurang yain dan kurang pasti sama ada universiti yang beraliran Bahasa Melayu itu nanti berjaya melahirkan graduan Melayu dan mampu meletakkan Bahasa Melayua sebagai satu bahasa ilmu yang boleh digunakan di peringkat antarabangsa. Dalam keadaan negara Malaysia kian haru-biru, sudah tiba masanya kita ummat Islam di Malaysia saling dengar mendengar ceramah dari satu dan yang lain supaya kita saling manfaat dan manfaati supaya kita tidak dituduh sebagai manusia yang hanya pandai mengajar tetapi tidak pandai belajar. Kita di HIKMAH WP mahu supaya pandangan kita sama-sama diketahui supaya pandangan kita tidak berat sebelah, sesuai dengan ajaran Islam supaya kita saling dengar mendengar nasihat menasihati dan lebih-lebih lagi belajar dan mempelajari.
dari
Pengerusi HikmahWP
A.H.Awang Mois

Monday, November 3, 2008

Gambar di Sekitar Ramah Tamah HWP

[Untuk menghayati gambar Ramah Tamah Aidilfitri HWP dengan lebih FEEL, lakukannya sambil mendengar @ dalam hati mengalunkan lagu Dendang Perantau. Bak kata urang Malaya "Mesti tangkap leleh punya lah brader"]



DENDANG PERANTAU


Di Hari Raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bundaku


Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu

Nun di sana tempat ku bertemu

Aku dan dia


Apa kan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnalah
Semuanya


Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu

Dendang perantau


Senilagu : P. Ramlee
Senikata : S. Sudarmaji




Sekitar di Meja Pendaftaran

Meja Pendaftaran Ahli HIKMAH

Ruang Rehat VIP

Prof Abang & Suami YB Perasmi

Bertemu kawan lamak pok eh! Sik sangka saya bah.

Ucapan Aluan oleh Ketua Pengarah RTA08

Ucapan TYDP HIKMAH, Tuan Hj Ahmad Shazaly Aba Ibrahim

Ucapan Perasmian oleh YB Norah Tun Datuk Patinggi Hj Abdul Rahman Yaakub

Cenderahati kenang-kenangan buat YB Perasmi daripada Urusetia

Persembahan Multimedia FLASH yang disediakan khas oleh Urusetia RTA

Meja VVIP

Jamuan pun bermula... Tinggi juak songkok kitak ya jang. Macam Made in Roban eh! :-)

Sambutan di luar jangka sampey meja pendaftaran pun terpaksa jadi meja makan... layan...

Malu saya tok eh.. gambar kandid indah

"Ya Rabbi... sitok juak kita duak bertemu eh!" (Mungkin ya dipadah sidak ya)

Suasana di dalam dewan - Riuh rendah ajak bunyi bila bertemu

Tiada kerosakan gigi! Betul..betul.. betul..

Segmen mari membaca Warta HIKMAH

"Aih.. Ada urang ngambik gambar kita ya.. tapok tapok muka kita lok"kata sidak ya

Di antara famili yang hadir

Penuh sesak di gerai makanan...

Gaya macho embiak Sarawak di Malaya

Beratur pok!

Meneliti buku program yang diedarkan oleh Urusetia

Pandangan dari sudut depan

Pandangan dari hadapan dewan - Ramey sik kamek urang?

Di ruang legar makanan di dalam dewan

Perjumpaan dengan YB Perasmi selepas program

YB beramah mesra dengan hadirin

Mahasiswa mengambil peluang bertemu YB. "Klaka Serawak jak sia, paham saya tuk",kata YB (tersipu-sipu student bila terklaka Malaya dengan YB)

VIP & ahli keluarga + Urusetia

Tulang belakang Ramah Tamah Aidilfitri 2008

Sesi bergambar dengan Mahasiswa.


Jumpa lagik tahun depan! InsyaAllah.