Friday, December 19, 2008

Memperingati Ucapan Pengasas BINA Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub Tentang Kenapa BINA Ditubuhkan

Assalamualaikum Wr. Wb ... Bismillahirahmanirrahim ...
Bagi ahli-ahli HIKMAH atau BINA yang telah lupa kenapa pertubuhan ini diwujudkan beberapa tahun yang lalu elok kiranya kita membaca dan memperingati semula apa yang telah ditulis mengenainya oleh pengasas pertubuhan itu sendiri supaya perjalanan dan urusan pertubuhan kita menjadi lebih terurus, lebih terfokus semula dan kembali kepada landasan perjuangan pertubuhan kita yang asal dan yang sebenar. Ini adalah satu perkara yang sangat pokok untuk melihat di mana letak kekuatan dan kelemahan kita dan menilai di mana kita telah terpesong atau telah tersasar. Sejarah pelakuan manusia telah menunjukkan bahawa dalam beberapa hal ramai daripada mahluk yang bergelar manusia mudah terikut-ikut sahaja untuk menyertai satu-satu pertubuhan tanpa mengetahui ideologi pertubuhan yang kita sertai sehingga akhirnya kita sendiri tidak tahu apa yang ingin lakukan dalam pertubuhan yang kita sertai.
Apakah kata-kata pengasas BINA tentang pertubuhan yang beliau telah wujudkan?
"BINA telah lahir atas desakan sekumpulan pelajar-pelajar belia yang menyedari betapa pentingnya sebuah badan ditubuhkan untuk memberi pimpinan kepada mereka dan untuk membina satu ummat yang kelak akan dapat merasa bertanggungjawab membela dan memperjuangkan Islam yang selama itu terhimpit dan tertekan hingga tidak berdaya hidup subur sekalipun di dalam masyarakat Islam sendiri di negara ini." BINA telah ditubuhkan, "tidak lain melainkan untuk meyatupadukan tenaga, membina belia-belia yang berdisiplin, dan paling penting bertaqwa kepada Allah; sekurang-kurangnya memberi keinsafan bahawa sebagai umat Islam mereka mempunyai tanggungjawab bagi diri mereka terhadap Allah dan mempunyai tugas-tugas dan tanggungjawab terhadap ugama dan bangsa." (Tun Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Rahman Ya'kub n.d. hal 7)
Sumbangan
Dr A.H. Awang Mois,
Pengerus Hikmah WP

No comments:

Post a Comment