Wednesday, May 13, 2009

Sejarah Awal BINA-HIKMAH dan Cawangan2nya

Bagi mereka yang belum tahu atau sudah lupa sejarah pertubuhan yang bernama HIKMAH ada baiknya kita mengingat kembali beberapa perkara pokok tentang pertubuhan kita.
Nama asal pertubuhan ini adalah Angkatan Nahdatul Islam Bersatu. Di kalangan penduduk Islam negeri Sarawak ia lebih terkenal dengan akronym atau nama ringkasnya BINA. Ditubuhkan pada 3hb Mei 1968 pertubuhan ini telah didaftarkan secara rasminya pada tanggal 3 April 1969.
Pada peringkat awal sejarahnya BINA mula aktif di Kuching melalui BINA Cawangan Kuching. Seterunya BINA telah berkembang sehingga memiliki 30 Cawangan di seluruh negeri Sarawak dan Semenanjung termasuk: (i) Cawangan Kuching;(ii) Cawangan Simanggang (Sri Aman); (iii) Cawangan Kelaka; (iv) Cawangan Sibu; (v) Cawangan Miri; (vi) Cawangan Simunjan; (vii) Cawangan Sarikei; (viii) Cawangan Lawas; (ix) Cawangan Limbang; (x) Cawangan Bintangor; (xi) Cawangan Bintulu; (xii) Cawangan Lundu; (xiii) Mukah; (xiv) Maktab Perguruan Rejang dan BINA Cawangan Universiti Malaya.
Antara pencapaian utama BINA pada peringkat awal sejarahnya ialah pengislaman Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak , Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohd Salahuddin dan keluarganya. Daripada 30 cawangan yang telah ditubuhkan ada beberapa buah Cawangan atau bahagian yang masih aktif atau separa-aktif. Kita harap menjelang Ulang Tahun 40 BINA-HIKMAH yang akan datang ada kesedaran baru di kalangan anak2 Islam Sarawak untuk menyertai semula pertubuhan Islam negeri yang telah banyak berjasa kepada anggota masyarakat Islam di negeri kita dengan cara mendaftar dan turut serta dalam kegiatan2 yang akan diadakan oleh HIKMAH PUSAT maupun Bahagian dan Cawangannya.
Oleh
Dr A. H. Awang Mois
Miri, Sarawak 9 Mei 2009

1 comment:

  1. Sejarah HIKMAH ada dalam bentuk dokumentasi yang rasmi sik mcm buku/jurnal/artikel dll? Sejarah tok perlu juak ditauk oleh anak-anak muda di kampus yang sama-sama maok ngembak dakwah di Sarawak, khususnya.

    Mun sekda, mungkin HIKMAH boleh jadikannya satu projek, projek pendokumentasian sejarah HIKMAH. Kita sekarang perlu kepada kajian/penyelidikan dan penulisan. Mungkin banyak lagik sumbangan HIKMAH kepada perkembangan Islam di Sarawak yang kita sik tauk mun sik di carik sumbernya.

    Lebih penting, kita umat Islam hari tok banyak tauk tentang ilmu-ilmu Islam sebab cendekiawan Islam dolok wariskan ilmu sidaknya dengan hasil penulisan. Kita tauk sejarah Islam sebab ada orang menulisnya. Jadi alangkah baik kita umat Islam zaman kinek tok mencontohi jejak cendekiawan Islam zaman silam. Moga kelak, generasi akan datang tauk tentang HIKMAH sebagai badan yang turut sama mengembangkan dakwah Islam di Sarawak sebab ada orang menulis sejarahnya.

    Sekadar pandangan dari anak muda yang baruk belajar...

    ReplyDelete