Sunday, July 13, 2008


AHLI JAWATANKUASA KERJA
HIKMAH WILAYAH PERSEKUTUAN

SESI 2008 - 2011



PENGERUSI

Prof Madya Dr Awang Hasmadi Awang Mois


TIMBALAN PENGERUSI
Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
(Sebelah kiri - Baju Hijau)

NAIB PENGERUSI
Tuan Haji Peli Mat
(Sebelah kanan - Baju Coklat)


SETIAUSAHA
Hasshahari Johari Mawi
(Sebelah kiri - Kemeja)

BENDAHARI
Halimah @ Alma Othman
(Sebelah kanan)


PENOLONG SETIAUSAHA
Satria Arjuna Julaihi
(Sebelah kiri - Baju petak kecil)

PEGAWAI BELIA
Abdul Ghani Liew Abdullah
(Sebelah kanan - Berkaca mata)



AHLI JAWATANKUASA (AJK)


Prof Abang Abdullah Abang Ali (<>) Prof Madya Dr Mohd Razali Abdul Kadir


Hajah Rosmani Mahmood (<<<>>>) Saira Kharuddin



Tiada dalam gambar
Riziandy Nawawi, Tuan Haji Mohamad Khairul Hafiz Hj Juni & Armada Sarkawi




3 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Blog ini ada satu usaha permulaan Hikmah Wilayah Persekutuan untuk menggunakan teknologi cyber untuk mendekati seluruh ahli Hikmah di Wilayah Persekutuan dan ahli-ahli HIKMAH yang berada di negeri Sarawak, iaitu negeri di mana HIKMAH atau nama asalnya BINA telah bermula.

    HIKMAH atau BINA (Angkatan Nahdathul Islam Bersatu) adalah sebuah pertubuhan yang lama di negeri Sarawak. Pada peringkat awal penubuhannya pada lewat tahun 1960an BINA telah membantu membangkitkan kesedaran agama dan sosial di kalangan masyarakat Islam di negeri Sarawak (Darul Hanna). Seperti ramai yang sedia maklum Sarawak adalah sebuah negeri yang penduduknya terdiri daripada pelbagai suku kaum; tidak kurang daripada 27 suku kaum seperti yang terkandung dalam catatan rasmi. Suku kaum yang begitu ramai ini adalah satu rahmat yang telah dianugerahkan oleh ALlah kepada negeri dan penduduk negeri tersebut. Pada peringkat awal penubuhannya BINA terbukti telah berjaya menyatukan penduduk Islam di negeri Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui satu faktor sepunya (common factor) iaitu agama suci yang telah dianugerahkan oleh ALlah kepada manusia yang ingin hidup aman, beriman dan sentiasa bertakwa kepadaNya iaitu agama Islam.

    Usaha untuk menyatukan penduduk dan suku-kaum Sarawak yang kecil seperti Melayu, Melanau dan Kedayan serta anggota suku-kaum lain yang telah bermigrasi ke agama Islam telah dimulai dan dipimpin oleh Tun Datu Patinggi Haji ABdul Rahman Yakub, Ketua Menteri Sarawak yang ketiga dan Mantan Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1960an. Berkat usaha gigih beliau dan sokongan padu dari pegawai, pemimpin serta pelajar Islam yang berada di negeri Sarawak maka BINA (HIKMAH) telah menjadi sebuah pertubuhan yang sentiasa berada di bibir penduduk Islam negeri Sarawak yang mencintai agama, disiplin, usaha dan perpaduan ummah. Begitu kuat perpaduan dan pergerakan BINA pada tahun2 60an dan 70an sehingga ia telah menjadi sebuah pertubuhan dan pergerakan yang menarik perhatian pertubuhan dan pergerakan bukan Islam yang bergerak aktif di negeri tersebut kerana kejayaannya untuk menyatupadukan umat Islam di negeri yang begitu besar lagi begitu beraneka suku-kaumnya.

    HIKMAH WP mengakui bahawa HIKMAH (BINA) sedang berhadapan dengan tugas mencabar untuk bangun dan aktif semula selepas krisis demi krisis dalaman dan luaran yang telah melanda pertubuhan tersebut. Kita di HIKMAH WP berharap blog ini akan merintis jalan bagi kebangkitan semula kesedaran perpaduan dan persatuan Islam di kalangan seluruh warganegara Malaysia yang berada dan berasal dari negeri Sarawak. Kita sedar bahawa persatuan dan perpaduan ini haruslah berteraskan kepada kesucian,kebenaran dan ketinggian hukum Allah.

    Salam perjuangan,

    Dari,

    Dr Awang Hasmadi Awang Mois
    Pengerusi HIKMAH WP,
    Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
  2. Ceramah oleh Ahli HIKMAH WP di Surau Kg Gersik, Kuching, Sarawak 26 Julai 2008

    Pengerusi HIKMAH WP ingin mengucapkan syukur dan ribuan terima kasih kepada Ahli MT Hikmah Sdr Rahman dan Sdr. Awang Iman Awang Jaya serta Ahli Jawatankuasa Surau Kg Gersik kerana telah menjemput beliau untuk memberi satu ceramah ringkas tentang fenomena sosial yang melanda masyarakat Islam di merata tempat pada masa kini. Ceramah ini telah diadakan pada malam 26 Julai 2008.

    Pada mulanya penceramah menyangka ini adalah satu perjumpaan di surau untuk merapatkan ahli-ahli keluarga yang telah lama beliau tidak kunjungi di Kg Gersik. Rupanya ia adalah satu majlis ceramah. Syukurlah pengalaman sebagai seorang pensyarah dalam bidang antropologi (kajimanusia)dan sosiologi (kajimasyarakat)telah memudahkan beliau menyediakan satu ceramah atau kuliah "terjun" bertajuk "Keluarga dan Cabaran Masa Kini".

    Namun, oleh kerana tidak terlatih sebagai seorang ustadz maka penceramah pada peringkat awal lagi telah memohon jasabaik AJK Surau Kg Gersik untuk mengkelasifikasikan ceramah tersebut sebagai ceramah umum (sosial) bukan ceramah agama untuk mengelakkan pihak berwajib dari menimbulkan pertanyaan atau persoalan tentang status dan jenis ceramah.

    Pengerusi HIKMAH WP berharap agar ahli-ahli akademik dan profesional yang lain dalam HIKMAH WP berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan penduduk di negeri Sarawak dalam program yang lebih teratur.

    InsyALlah HIKMAH WP akan cuba untuk mengatur satu program khas untuk mengunjungi perkampungan-perkampungan orang Islam yang lain dan perkampungan Saudara Baru di negeri Sarawak sebagai sebahagian daripada program HIKMAH WP pada masa akan datang.

    Laporan oleh Pengerusi,
    Dr Awang Hasmadi Awang Mois

    ReplyDelete
  3. Sumbangan Dari Hjh Rosmani,

    Sebagai peringatan kpd kita bersama...sila amati...Ayat 1000 Dinar iaitu Surah At Talaq : ayat 2-3



    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. .

    "...Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhkan segala larangan Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya);

    Serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya; dan (ingatlah) sesiapa yang serah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah bagi nya(untuk menolong dan meyelamatkan nya).

    Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendaki Nya; Allah telah menentukan qadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."



    Janji Allah itu benar....semoga kita sama2 berusaha dengan lebih gigih lagi untuk membawa perubahan2yang di impi kan.

    Wassalam,

    RM

    WP Putrajaya

    ReplyDelete