Monday, September 8, 2008

Usul Isyriin - Bahagian 4

1.6 Islam adalah kekuatan

Sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam menyeru kepada kekuatan. Seorang Islam tidak lemah dan beku. Pada hakikatnya, Islam memandang berat soal kekuatan dan dengan terus terang menuntut agar mencari sebab-sebab yang membawa kepada kekuatan, firman Allah (S 8:60)


‫وأﻋ ﱡوا ﻟ ُﻢ ﱠﺎ اﺳﺘﻄﻌ ُﻢ ﱢﻦ ﻗﻮة ٍ ‫ََ ِﺪ ْ َﻬ ﻣ ْ َ َ ْﺘ ﻣ ُ ﱠ

Dan siapkanlah apa saja kekuatan yang kamu sanggupi

Rangkaikata Al-Quran ini datang dalam suatu bentuk yang sangat menarik dan umum, mencakup seluruh jenis kekuatan, sama ada kekuatan itu boleh dicapai semasa turunnya Al-Quran atau pada masa-masa kebelakangan. Tuntutan persediaan kekuatan dalam ayat ini adalah merupakan satu tuntutan wajib.

Oleh yang demikian ummat Islam adalah wajib menyediakan sebab-sebab untuk menjadi kuat sedaya mampu, sesuai dengan masa dan tempat. Kekuatan tidaklah terbatas kepada kekuatan senjata, malah melewati batas ini hingga merangkumi semua perkara yang boleh menjadikan seorang Islam itu kuat, seperti ilmu pengetahuan, kekayaan, perusahaan dan lainnya. Apabila tiap-tiap Muslim itu kuat, ummat Islam secara keseluruhan akan menjadi kuat.

Oleh kerana untuk mencari dan mencapai kekuatan di zaman moden ini memerlukan kepada daya usaha, ilmu pengetahuan; menyediakan pelbagai bentuk, cara dan wasilah; mempelajari segala jenis perusahaan dan berbagai jenis ilmu seperti ilmu kimia dan fizik. Ini meliputi bidang mendirikan fabrik dan industri, melakukan percubaan-percubaan dan mempelajari ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh orang bukan Islam dalam bidang kebendaan. Oleh kerana pencapaian kekuatan adalah bergantung kepada perkara-perkara ini, maka kita mengatakan bahawa mempelajari perkara perkara tersebut adalah menjadi fardhu kifayah kepada ummat Islam.

Dengan kata lain haruslah ada di kalangan ummat Islam suatu bilangan yang cukup untuk menunaikan tanggungjawab mencari sebab-sebab yang membawakan kekuatan yang seharusnya ada pada ummat Islam. Hal ini kita katakan sesuai dengan kaedah fikah yang mengatakan:


‫ﻣﺎﻻﻳﺘﻢ اﻟﻮاﺟﺒﻤﺎﻻﻳﺘﻢ اﻟﻮاﺟﺐ إﻻﺑﻪ ﻓﻬﻮ واﺟﺐ

Bila kesempurnaan sesuatu yang wajib terhenti kerana wujudnya suatu perkara yang lain, maka perkara tersebut adalah juga wajib


Selain dari itu kekuatan jiwa, anggota dan kekuatan akal adalah termasuk dalam pengertian kekuatan yang harus ada pada ummat Islam. Oleh yang demikian tiap tiap Muslim wajiblah mencari dan melakukan perkara-perkara yang dapat memberikan kekuatan kepada beliau. Kekuatan jiwa dapat dicapai dengan iman; kekuatan anggota dapat dicapai dengan senaman, menunggang dan lainnya, kekuatan akal pula dicapai dengan ilmu.

Lantaran inilah Mursyid telah mewasiatkan beberapa perkara yang dapat memberi kekuatan jiwa, badan dan akal saudara. Saudara haruslah menyedari bahawa kebenaran memerlukan kekuatan yang dapat mempertahankannya. Ini adalah sunnah Allah dalam hidup. Lantaran itu Islam tidak mengabaikan soal kekuatan malah menuntutnya demi untuk menjaga dan mempertahankan kebenaran yang dibawanya.

Jika kita mengatakan bahawa menyediakan kekuatan itu suatu perkara pasti dan wajib pada masa silam, maka kepastian dan kewajipan itu lebih penting dan menonjol di zaman moden ini. Kerana ummat Islam hari ini tidak ubah seperti sekeping serpihan roti yang dikerumuni oleh semut. Bangsa-bangsa dan ummat yang mengerumuni ummat Islam ini tidak akan dapat diusir dan disingkirkan kecuali dengan kekuatan dan kita jamaah Ikhwan Muslimun sebagai duat (pendakwah) kepada jalan Allah, sebagai barisan depan bagi ummat yang beriman, barisan yang ingin menyedarkan ummat Islam, amat memerlukan kekuatan yang membolehkan kita mencapai matlamat ini.

Kekuatan kita ini haruslah terjelma dalam bentuk kekuatan persediaan, iman, ilmu dan kekuatan tanzim (organisasi). Selagi kekuatan ini tidak dapat mengatasi kekuatan jamaah-jamaah yang bathil kita tidak akan dapat mencapai matlamat kita. Oleh yang demikian kita haruslah mempertanggungjawabkan diri kita masing-masing untuk mewujudkan kekuatan ini dan Allah akan menolong kita jika kita berusaha mencarikan sebab-sebab yang membawakan kepada kekuatan ini

No comments:

Post a Comment