Monday, January 5, 2009

Tabung Bantuan Palestin HiKMAH Sarawak?

Bagi pihak HikmahWp saya ingin mencadangkan semua cawangan Hikmah Sarawak memulakan kempen memunggut dana untuk membantu saudara-saudara kita di bumi Palestin khususnya di wilayah Gaza. Di seberang sempadan Sarawak iaitu di Kalimantan Barat mereka sedang menunggu untuk menghantar pasukan Sukarela dan dana untuk membantu rakyat Palestin dalam kesusuhan. Kita berharap pihak Hikmah Pusat dapat membantu dengan membuka akaun khas untuk tujuan tersebut.

Dr Awang Hasmadi A Mois
Pengerusi HikmahWp
Bangi.

4 comments:

  1. Secara peribadi saya menyokong cadangan ini, dan insyallah akan dibawa ke mesyuarat AJK HIKMAH Bintulu secepat mungkin.

    ReplyDelete
  2. Sdr Ismawi terima kasih kerana reaksi cepat. Saya menunggu Pusat dapat menyediakan tabung kerana pergerakan kita berpusat di Kuching, Sarawak. Hukum pergerakan di mana terletaknya kepala di situ tangan dan kaki akan mengarah.

    A.Hasmadi

    ReplyDelete
  3. Salam. Kelab Remaja HIKMAH Sarikei menyokong cadangan ini. Insya Allah ana akan bawa kepada HIKMAH Cawangan dan HIKMAH Bahagian Sarikei untuk tindakan lanjut.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Remaja Hikmah Sarikei, saya masih menunggu respons dari Sibu dan Kuching. Mungkin Kuching menghadapi masalh teknikal kalau berpandukan kepada notis di laman web Pusat

    A.Hasmadi

    ReplyDelete