Amalan Membaca
Kategori : Jumaat (16-May-2008)
10hb Jamadilawal 1429H
AMALAN MEMBACA
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az-Zumar ayat 9 tafsirnya :
"Katakanlah lagi kepadanya : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
Ilmu merupakan anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang amat besar faedahnya kepada umat manusia. Ia merupakan cahaya yang menerangi kegelapan. Tanpa ilmu, hidup manusia setentunya dalam kejahilan dan kemunduran. Tidak ada masyarakat yang berjaya dan maju tanpa adanya ilmu pengetahuan. Kerana itu di dalam al-Qur'an telah menyebutkan perkataan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan tidak kurang dari 755 kali, bahkan khusus perkataan ilmu sahaja tidak kurang 105 kali disebutkan. Memandangkan ilmu itu amat penting dalam kehidupan manusia, maka kerana itulah agama Islam mewajibkan umatnya supaya menuntut ilmu sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
"Dari Annas bin Malik ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Menuntut ilmu adalah satu kefarduan (wajib) ke atas setiap Muslim". (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
Menuntut ilmu juga merupakan suatu ibadah yang dijanjikan ganjaran yang sangat tinggi di sisi Allah Subhanahu Wata�ala. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)
Telah tercatat dalam sejarah bahawa ilmu itu faktor utama yang menjana kemajuan dan temadun kepada sesebuah kerajaan, contohnya sebagaimana yang telah berlaku pada zaman kerajaan Bani Abasiyah yang berpusat di Baghdad khususnya semasa pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid dan Khalifah Al-Ma'mun. Pada ketika itu Kota Baghdad telah menjadi sebagai pusat ilmu pengetahuan. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, hadis dan fikah telah berkembang dengan pesatnya. Di samping itu ilmu-ilmu bukan agama seperti sains, falsafah, perubatan dan matematik juga turut dikembangkan yang antaranya diperolehi dengan cara menterjemah buku-buku dari bahasa Yunani dan India ke dalam bahasa Arab.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita semua tahu betapa ilmu itu sangat berharga tetapi untuk memperolehinya tidaklah begitu susah kerana ilmu ada di mana-mana, terserah kepada kita, mahu atau tidak untuk menuntutnya. Tetapi perlulah kita ingat bahawa orang yang memiliki ilmu dan menjadikannya sebagai harta adalah sangat beruntung kerana ilmu itu adalah cahaya dan harta yang tidak akan hilang dan habis, lain halnya dengan harta dan wang ringgit akan berkurang dan habis jika digunakan. Demikianlah kedudukan ilmu dalam kehidupan manusia.
Sebenarnya jika ada kemahuan di situ ada jalan. Jika kita mahu ilmu, banyak cara boleh dilakukan untuk mencapainya, misalnya dengan amalan membaca, perkara ini diperkukuhkan lagi dengan turunnya wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam semasa di Gua Hira' sebagaimana dalam Surah Al 'Alaq ayat 1-5 tafsirnya :
"Wahai Muhammad bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya".
Berdasarkan ayat tersebut menunjukkan betapa membaca merupakan faktor yang penting dalam menimba ilmu pengetahuan kerana dengan membaca, pengetahuan akan bertambah dan minda akan berkembang. Kemudahan ke arah itu ternyata begitu luas, lebih-lebih lagi pada zaman ini banyak bahan-bahan bacaan boleh diperolehi dengan mudah dan cepat, terserah kepada kita untuk memilih bahan-bahan yang hendak dibaca. Pembaca yang bijak setentunya akan memilih bahan-bahan bacaan yang bermanfaat dan berfaedah seperti bahan-bahan berbentuk ilmiah, yang mengandungi info dan maklumat, pengajaran, sejarah, etika dan sebagainya.
Ahli Jumaat yang dirahmati Allah,
Membaca merupakan salah satu aktiviti yang sangat baik bagi mengisi masa lapang. Mengisi masa yang kosong dengan membaca bukanlah suatu perkara yang sia-sia tetapi suatu langkah yang bijak yang menguntungkan diri sendiri, misalnya bagi pelajar-pelajar semasa cuti sekolah, janganlah keseluruhannya untuk berehat panjang tetapi isikanlah dengan membaca kerana faedahnya amat besar jika mahu mencapai kejayaan. Bagi kemudahan orang ramai, kerajaan telah pun menyediakan perpustakaan-perpustakaan sama ada di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sekolah-sekolah, di jabatan-jabatan kerajaan dan juga di masjid-masjid.
Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan kesedaran dan galakkan kepada anak-anak mereka supaya minat membaca dari sejak kecil lagi seperti membaca al-Qur'an, membaca kisah-kisah para nabi dan sahabat, kisah-kisah yang mengandungi pengajaran dan tauladan yang elok untuk dicontohi, bahan-bahan yang mengandungi sumber maklumat dan sebagainya. Sebenarnya bahan bacaan boleh mempengaruhi pemikiran dan jiwa anak-anak, maka adalah menjadi tugas para ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat bahan yang baik dan bermutu, yang mengandungi nasihat dan cerita-cerita yang baik. Selain daripada itu, ibu bapa juga seharusnya menjadi 'role model' dengan menunjukkan sikap minat membaca kepada anak-anak mereka kerana dengan cara yang demikian akan menimbulkan rasa minat membaca yang mendalam pada jiwa anak-anak.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita kembali kepada seruan Allah Subhanahu Wata'ala dengan memperteguhkan iman dan memperkukuhkan jati diri sebagai Muslim sejati. Satu-satunya cara untuk membina dan membentuk identiti ialah dengan memperbanyakkan ilmu. Orang yang kaya dengan ilmu akan mampu menangkis unsur-unsur yang negatif.
Oleh itu, marilah kita meneruskan dan mempertingkatkan budaya membaca dari semasa ke semasa. Perlu diingat, satu-satunya jalan untuk mendapatkan ilmu yang berguna dan membina ialah dengan banyak membaca dari sumber yang benar dan sahih. Mudah-mudahan dengan kekuatan ilmu pengetahuan, dapat mencipta kecemerlangan dan memartabatkan umat Islam ke mercu kejayaan. Amin Ya Rabbalalamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Mujaadilah ayat 11 tafsirnya :
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan".
Sumber: KHEU Negara Brunei Darussalam

No comments:
Post a Comment