Thursday, February 19, 2009

PENGUMUMAN

Assalamualaikum,

Kepada semua para pengunjung dan khususnya kepada mereka yang telah mendaftar untuk menjadi ahli Hikmah WP pada majlis Jamuan Hari Aidul Fitri tahun 2008 yang telah lalu. Hikmah WP sedang merancang untuk mengadakan satu majllis perjumpaan tahunan di Bandar Baru Bangi, mungkin pada awal Mac 2009 ini untuk tujuan berkenal-kenalan dan mengerat hubungan siratulrahim antara para ahli dan AJK Hikmah WP. Tujuan sebenar kita ingin mengadakan majlis ini ialah untuk sama-sama membincang beberapa aktiviti yang boleh kita jalankan di Semenanjung dan khususnya di negeri asal kita Sarawak untuk menghidup dan menggerakkan persatuan kita sebagai sebuah Cawangan dan Bahagian HIKMAH SARAWAK. Kerjasama kalian semua amatlah kami hargai. Sekian dan terima kasih untuk sokongan kalian. Untuk sebarang pertanyaan dan cadangan sila hantar e-mel di alamat berikut:

hikmahwp@gmail.com

Terima kasih,

Pengerusi HikmahWP

No comments:

Post a Comment