Ramadhan adalah bulan untuk menambahkan iman dan amal, menanamkan semangat juang dan persediaan menghadapi kesusahan.
Ramadhan adalah bulan pentarbiyahan; latihan kepada umat Islam supaya menjadi insan yang bertaqwa, mempunyai akhlak yang mulia dan beriltizam dalam perjuangan.
Mereka yang beriman menanti-nanti kedatangan ramadhan dengan penuh harapan untuk mendapat ganjaran yang berlipatganda dan sudah tentu sedih bila berlalunya bulan yang penuh bermakna ini.
Di Malaysia, Ramadhan membawa gambaran tersendiri.
Ramadhan membawa gambaran pasar ramadhan yang penuh sesak dengan Umat Islam yang asyik dengan hidangan beraneka makanan.
Ramadhan adalah bulan untuk peniaga meraih keuntungan, bulan untuk menjamu selera dihotel-hotel mewah dan bulan untuk melayankan kelesuan hingga tugas-tugas biasa terpaksa ditangguhkan.
Malah berlalunya Ramadhan dinanti-nantikan, dengan janji kemeriahan syawal.
Hari raya disambut bukan dengan takbir dan kesyukuran kerana berjaya menambahkan amal dan mengawalkan nafsu, tetapi dengan nyanyian, tarian, makanan yang berlebihan serta aktiviti-aktiviti yang tidak menampakan hasil tarbiyyah bulan ramadhan.
____________________
Nukilan Prof Abang Abdullah, AJK HWP
No comments:
Post a Comment