1.8 Islam adalah keadilan
Keadilan yang dimaksudkan oleh Mursyid di sini ialah memberikan hak kepada mereka yang berhak dengan tidak berlaku sebarang kekurangan, kerana keadilan wajib diberikan kepada semua insan, baik Muslim atau kafir, musuh atau kawan, keluarga atau bukan keluarga. Allah berfirman:
وﻻ ﻳﺠﺮﻣﻨﻜﻢ ﺵ َﺂن ﻗﻮم ﻋَﻰ أﻻ ﺕﻌﺪُﻮا اﻋﺪُﻮا هﻮ أﻗﺮب ِﻠﺘﻘ َى َ َ َ ْ ِ َ ﱠ ُ ْ َﻨ ُ َ ْ ٍ َﻠ َ ﱠ َ ْ ِﻟ ْ ْ ِﻟ ْ ُ َ َ ْ َ ُ ﻟ ﱠ ْﻮ
Dan jangan kebencian terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (S 5:8)
Keadilan akan berlaku melalui hukuman dan kehakiman, juga berlaku dengan pujian, sanjungan, celaan, kritik dan kecaman. Keadilan boleh berlaku dalam keadaan redha atau marah.
Bukanlah adil jika saudara berlaku kejam sewaktu saudara menghukum antara dua orang, saudara juga tidak berlaku adil sewaktu saudara berlebihan memuji orang yang tidak berhak menerima separuh daripada pujian yang saudara berikan.
Bukanlah adil jika saudara berlebihan mengecam seorang yang tidak berhak menerima satu persepuluh dari kecaman saudara.
Bukanlah adil jika saudara memuji semasa suka dan mengeji semasa benci.
Bukanlah adil jika saudara berlaku kejam terhadap mereka yang bukan keluarga saudara atau musuh yang menyakiti saudara, sedang saudara menutup pandangan dari perbuatan keluarga, kawan dan orang yang berlaku baik kepada saudara.
1.9 Islam adalah pengetahuan
Islam adalah pengetahuan sebagaimana yang dikatakan oleh Mursyid adalah bermaksud bahawa menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat kepada kita dengan Qadar yang mencukupi adalah sebahagian dari ajaran Islam. Islam tidak melarang seseorang muslim meluaskan ilmu pengetahuannya tentang kejadian alam, perusahaan dan pelbagai ilmu kebendaan yang lain yang termasuk dalam pengertian pengetahuan.
Pengetahuan yang dapat menjadi bekalan manusia dalam usaha memajukan bumi dan menggunakan kekayaannya dengan baik; pengetahuan yang dapat menolong manusia dalam membongkar rahsia alam yang tersembunyi.
Tetapi sewaktu manusia meluaskan ilmunya dalam perkara-perkara tadi beliau haruslah mengingati Allah yang memberikan akal dan fikiran yang waras kepadanya, Allah menjadikan alam ini dalam keadaan mudah digunakan manusia. Pengetahuan yang diperolehinya haruslah bertujuan mencari kebajikan dan keredhaan Allah

No comments:
Post a Comment