Monday, September 29, 2008

Perutusan Hari Raya Pengerusi Hikmah WP

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,

La ilaha illa Allah

Allahu akbar, Allahu Akbar

Wa li-illahi al-hamd.


Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana sekali lagi dapat menyambut Hari Raya Aidulfitri bersama ahli keluarga, sahabat dan orang yang tersayang. Kita juga bersykur kerana telah berjaya menjalankan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Selaku pengerusi HIKMAh WP saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri 1429H terutamanya kepada semua ahli HIKMAH Wilayah Persekutuan dan ahli-ahli HIKMAH di Bahagian-bahagian lain di negeri Sarawak pada amnya.


Dalam kemeriahan dan kegembiraan merayakan Hari Raya, janganlah kita lupa kepada mereka yang bernasib kurang baik, fakir dan miskin, anak-anak yatim, orang-orang tua yang hidup terbiar ditinggalkan anak dan saudara dan ummat Islam yang menderita kerana penindasan dan kezaliman pemimpin politik kuasa besar maupun kecil yang sering menyalahgunakan kuasa yang diberikan Allah sehingga ramai ummat Islam yang menderita dan terkorban jiwa. Janganlah kita lupa bahawa ramai lagi masyarakat Islam di dunia seperti masyarakat Islam di Chechnya, Afghanistan, Iraq, Palestin, Somalia dan Rohingya di Mianmar yang sedang dilanda perang dan penindasan kuasa besar dan proxy kuasa besar. Kalau kita tidak mampu untuk mengirimkan wang atau barangan kepada mereka untuk menyambut Aidul Fitri yang mulia pada kali ini, marilah kita bermula memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar beban mereka pada Aidul Fitri kali ini diringankan oleh Allah untuk membolehkan mereka merasai sedikit keamanan dan keringanan dari tekanan politik dan kezaliman pemerintah yang menguasai hidup mereka.


Sebagai ummat Islam yang merayai Adiul Fitri marilah kita mensyukuri nikmat Allah kerana membolehkan kita mengerjakan apa yang diperintahnya dan menjauhi apa yang dilarangnya sepanjang bulan suci Ramadhan yang penuh cabaran dan penuh keberkatan. Sebagai sebuah badan dakwah Islam marilah kita sama-sama menyumbang kepada usaha untuk menyibarkan syiar agama kita yang suci. Marilah kita juga mengatur langkah supaya dapat menjadi persatuan dan pertubuhan yang mantap yang mampu berdikari, mungkin berlainan dari segi menyampai dan menyebarkan ajaran agama Islam tetapi bersatu dari segi menegak dan mempertahankan kesucian Islam.


Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh.


Dr.Awang Hasmadi Awang Mois & Keluarga

Pengerusi HIKMAH WP



1 comment:

  1. Assalamualaikum Dr Awang,

    Selamat Hari Raya, halalkan ilmu2 yg telah diajar semasa di UKM dulu, insyaAllah akan dimanfaatkan.

    Saya sudah lama cuba menjejaki Dr., diharapkan Dr. boleh memberikan e-mail Dr. supaya tidak terputus hubungan antara cikgu dan pelajar. Saya kini di UiTM Kedah.

    Nur Zafifa Kamarunzaman (NuR)
    MA Anthropology & Sociology
    UKM 2007

    ReplyDelete