ASAS PERTAMA: Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.
1.1 Keterangan
Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firman Allah:
و َﺎ أرﺳﻠ َﺎك إﱠﺎ َﺎﻓﺔ ﱢﻠ ﱠﺎس ﺑ ِﻴ ًا وﻧ ِﻳ ًا وﻟﻜﻦ أآﺜﺮ اﻟ ﱠﺎس َﺎ ﻳﻌﻠ ُﻮن َ َﻣ َ ْ َ ْﻨ َ ِﻟ آ ﱠ ً ﻟ ﻨ ِ َﺸ ﺮ َ َﺬ ﺮ ََ ِ ﱠ َ ْ َ َ ﻨ ِ ﻟ َ َْﻤ
(28) “Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28) Menyeluruh kerana Islam menghukum seluruh urusan hidup manusia, menghukum segala sesuatu yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang bersangkut dengan apa yang mereka lakukan. Ini dibuktikan oleh firman Allah: (38)
ﱠﺎ ﻓﺮﻃ َﺎ ﻓﻲ اﻟﻜ َﺎب ِﻦ ﺵﻲء ٍ ْ َ ﻣ َ ﱠ ْﻨ ِ ِﺘ ِ ﻣ
“Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab” (S 6:38) dan firman Allah: (89)
وﻧﺰﻟ َﺎ ﻋﻠﻴﻚ اﻟﻜ َﺎب ﺕﺒ َﺎ ًﺎ ﱢﻜ ﱢ ﺵﻲء ٍ ْ َ َ َ ﱠ ْﻨ ََ ْ َ ْ ِﺘ َ ِ ْﻴ ﻧ ﻟ ُﻞ
“Untuk menjelaskan segala sesuatu”(S 16:89) Di atas dasar sifat-sifat Islam yang tetap dan tiada berubah inilah AlMursyid Hasan Al-Banna Rahimahullah telah berbicara dalam asas yang pertama ini untuk menjelaskan sebahagian dari perkara-perkara yang terkandung dalam Islam. Penjelasan yang dibuat oleh Al-Mursyid ini As-Syahid Hasan Al-Bana diperkuatkan lagi oleh Al-Quran, yang mana di dalam Al-Quran kita dapati ayat-ayat yang bersangkutan dengan hukum, ayat-ayat yang bersangkutan dengan sembahyang, ayat-ayat yang bersangkutan dengan mu’amalat, kehakiman dan seterusnya.
1.2 Islam adalah negara
Islam adalah negara, sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik beratkan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah, malah Islam juga menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jamaah dengan jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih suatu sistem siasah yang didokong oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenal: dalam istilah fiqah sebagai imam atau khalifah. Islam telah menerangkan asas bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap negara, demikian juga hak negara terhadap individu.
Dalam zaman moden ini kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang perlembagaan dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu dari cabang undang-undang. Negara (daulah) menurut pandangan Islam adalah negara fikrah, fikrah Islamiah. Oleh itu daulah dalam Islam adalah daulah fikrah, bukan qaumiah, bukan jenis dan bukan iklim. Ketua negara dipilih melalui orang-orang Islam sesuai dengan syaratsyarat tertentu. Syarat-syarat ini tersimpul dalam dua sifat: kemampuan dan amanah. Tujuan dan perlantikan ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya. Kedudukan dan peranan individu dalam negara Islam amatlah menonjol dan berfungsi, tidak dipendap dan diabaikan. Individu adalah bertanggungjawab terhadap perjalanan negara agar tidak menyeleweng dan bertanggungjawab terhadap ketua negara agar beliau menunaikan kewajipannya. Atas dasar ini, individu adalah berhak mengawasi, memberi nasihat, memberi petunjuk dan mengkritik. Manakala pihak negara pula adalah bertanggungjawab terhadap individu, bertanggungjawab dalam memberikan jaminan hidup yang mulia kepada individu.
1.3 Islam adalah watan
Islam adalah watan, sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menerangkan pengertian watan, dan watan bagi seorang muslim ialah semua negara Islam (Darul Islam). Yang dimaksudkan dengan negara Islam pula ialah: seluruh iklim yang dialami oleh orang Islam, kekuasaan dalam iklim tersebut adalah di tangan orang Islam dan mereka melaksanakan hukum-hukum Islam dalam iklim itu. Tiap-tiap individu muslim adalah berkewajipan mempertahankan dan menghalang musuh dari merampas Darul Islam. Kewajipan ini adalah merupakan hak sebuah Darul Islam terhadap seorang Muslim
.

No comments:
Post a Comment