Wednesday, September 10, 2008

Usul Isyriin - Bahagian 5 oleh Imam Asyaheed Hassan Al Banna


1.7 Islam adalah rahmat

Rahmat yang dimaksudkan oleh Mursyid di sini ialah perasaan lemahlembut dalam hati yang mendorong manusia untuk menolong orang-orang lemah dan berhajat, atau memaafkan orang yang tersilap, tidak melakukan tindak-balas terhadap perbuatan jahat orang lain dan merasakan simpati di atas bencana yang menimpa orang lain. Sifat-sifat ini akan merupakan akhlak yang tinggi jika digunakan pada tempat yang sewajarnya. Sifat rahmat dan belas kasihan hanyalah wujud dan berfungsi sewaktu ianya dapat menolong pelaksanaan hukum-hukum Allah. Dalam menghukumkan mereka yang melakukan jenayah zina Allah berfirman:

‫اﻟ ﱠاﻧﻴﺔ َاﻟ ﱠا ِﻲ َﺎﺟﻠ ُوا آ ﱠ َاﺣﺪ ﻣﻨﻬ َﺎ ﻣﺌﺔ ﺟﻠﺪة وَﺎ ﺕﺄﺧﺬ ُﻢ ﺑﻬ َﺎ ‫ﺰ ِ َ ُ و ﺰ ﻧ ﻓ ِْﺪ ُﻞ و ِ ٍ ﱢ ْ ُﻤ ِ َ َ َ ْ َ ٍ َﻟ َ ْ ُ ْآ ِ ِﻤ (24) ‫رأﻓﺔ ِﻲ ِﻳﻦ اﻟﻠﻪ ِ ‫َْ َ ٌ ﻓ د ِ ﱠ

Sebatlah lelaki dan perempuan yang melakukan zina seratus rotan. Janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu dari (menjalankan) agama Allah.” (S. 24:2)

Demikianlah juga pada hukum-hukum yang lain. Perasaan rahmat dan belas kasihan tidak seharusnya diberikan kepada musuh Allah, musuh yang menjadi batu penghalang di jalan Allah sekalipun mereka itu terdiri dari keluarga yang hampir. Lantaran inilah kita lihat para sahabat yang mulia telah memerangi ayah, bapa saudara, anak saudara dan keluarga mereka yang akrab dalam peperangan Badar, Uhud, Khandak kerana mereka musuh Allah yang menjadi batu penghalang di jalan Allah.

Perbuatan seseorang yang menyakitkan kita adalah digalakkan supaya dimaafkan. Kemaafan yang diberikan oleh seseorang sedangkan beliau berupaya melakukan tindakbalas adalah dianggap sebahagian daripada rahmat. Rahmat dan belas kasihan haruslah diberikan kepada mereka yang lemah, miskin, mereka yang terpisah dari keluarga, orang-orang sakit, orang tua dan orangorang yang berhajat kepada bantuan dan pertolongan.

Perasaan rahmat dan belas kasihan haruslah wujud di kalangan Ikhwan Muslimin sewaktu mereka membentuk masyarakat Islam dan berusaha mencorakkannya dengan corak Islam. Perasaan ini haruslah wujud di kalangan mereka baik secara diam-diam atau terang-terangan, tetapi kita lebih mengutamakan secara diam diam

No comments:

Post a Comment